Home » Terms and Conditions

ASIA MOBILE COMMERCE PRIVILEGE (M) SDN BHD

Syarat-syarat dan Peraturan

 Berikut merupakan Syarat-syarat dan Peraturan keahlian, termasuk tetapi tidak terhad kepada produk, perkhidmatan, maklumat dan perisian yang dibekalkan oleh Syarikat. Sila baca kesemuanya. Dengan melibatkan diri dalam perniagaan Syarikat dan menggunakan Laman Web dan Sistem Pesanan SMS milik Syarikat, anda dianggap telah menerima dan bersetuju untuk mematuhi Syarat-syarat dan Peraturan yang telah digariskan.

Dengan menerima Syarat-syarat dan Peraturan ini, anda dianggap telah memahami dan bersetuju bahawasanya anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas penggunaan Laman Web, Sistem Pesanan SMS, produk dan perkhidmatan Syarikat. Laman Web, Sistem Pesanan SMS, produk dan perkhidmatan Syarikat disediakan atas dasar ‘pada masa ini’ dan ‘seperti yang ada’.

Keperluan Keahlian

 ‘MyMode’ adalah jenama Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd.

  1. Keahlian dibuka kepada semua individu berusia 18 tahun ke atas, tidak mengira jantina, bangsa, etnik, kewarganegaraan atau agama. Seseorang itu diterima sebagai Ahli setelah permohonannya diterima, dilulus dan didaftarkan.
  1. Pemohon yang ingin membuat pendaftaran korporat mesti melampirkan salinan Borang 49, Borang 24 atau Borang D yang telah diperakui ke Ibu Pejabat.
  1. Setiap permohonan keahlian tertakluk kepada kelulusan akhir dari pihak Syarikat.s
  1. Pendaftaran melalui SMS perlu disertai dengan maklumat semasa yang benar, tepat dan lengkap yang menunjukkan pemohon bukan seorang Ahli yang sudah berdaftar. Syarikat membenarkan hanya satu keahlian bagi setiap individu. Dengan menghantar SMS ini, pemohon dianggap bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang kawasan setempat, daerah, negeri atau wilayah yang dikuatkuasakan di atas keahliannya. Sekiranya sebahagian atau keseluruhan maklumat yang dihantar tidak lagi benar, tepat atau lengkap selepas suatu tempoh, Ahli hendaklah memaklumkan perubahan maklumat kepada Syarikat untuk tujuan pembaharuan rekod.

Status Ahli

  1. Ahli-ahli MyMode adalah Kontraktor Bebas di mana mereka juga bertindak sebagai Pengedar Bebas bagi produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyMode. Ahli-ahli bukanlah rakan kongsi, wakil, rakan francais dan/atau kakitangan MyMode.

Prosedur Keahlian

  1. Untuk menjadi seorang ahli MyMode, seseorang itu perlu membayar Yuran Keahlian MyMode yang tidak akan dikembalikan atas apa jua sebab atau alasan.Setiap Ahli akan menggunakan nombor telefon bimbitnya sebagai ID Ahli dan akan menetapkan katalaluannya yang tersendiri untuk membolehkannya melayari Mobile Lounge serta menggunakan Sistem Pesanan SMS melalui telefon bimbit untuk memesan produk dan perkhidmatan Syarikat. Ianya menjadi tanggungjawab Ahli untuk memelihara maklumat sulit seperti katalaluan dan maklumat dalam Penyata MyPoints.  
  1. Penyata MyPoints seseorang Ahli dianggap tidak aktif dan akan digantung buat sementara waktu sekiranya pemilik Penyata tersebut tidak melakukan sebarang transaksi untuk tempoh 6 bulan berturut-turut. Pengaktifan semula Penyata MyPoints boleh dilakukan oleh penaung Ahli dan 1 MyPoints akan ditolak dari Penyata  milik penaung. 
  1. Insentif jualan hanya akan dibayar ke Penyata MyPoints yang aktif. Penyata MyPoints yang tidak aktif tidak layak untuk menerima insentif jualan.
  1. Perkhidmatan Syarikat membolehkan Ahli membeli dan memeriksa maklumat menggunakan SMS melalui Sistem Pesanan SMS. Ahli bertanggungjawab di atas semua caj yang dikenakan sekiranya berlaku kesilapan yang tidak disengajakan semasa membuat pesanan produk.
  1. Syarikat akan terus menolak 0.20 MyPoints dari Penyata MyPoints bagi semua balasan SMS kecuali pendaftaran ahli baru, pendaftaran Mobilepreneur baru, menaiktaraf ke Mobilepreneur, pengeluaran wang dan pembelian produk.
  1. Syarikat akan terus menolak 2 MyPoints dari Penyata MyPoints Ahli sebagai yuran perkhidmatan bagi setiap transaksi pengeluaran wang.
  1. Syarikat akan mengenakan bayaran RM1.00 bagi cetakan Penyata.
  1. Selepas menerima permintaan Ahli melalui SMS, Sistem Pesanan SMS akan menghantar balasan SMS bersama dengan produk yang diminta. Syarikat berhak untuk membatalkan penghantaran produk jika terdapat kesalahan pada SMS Ahli atau atas sebarang sebab yang dirasakan perlu oleh Syarikat.
  1. Denda akan dikenakan sekiranya SMS yang dihantar ke Sistem Pesanan SMS mengandungi kesilapan atau kesalahan format. Syarikat akan terus menolak 0.20 MyPoints dari Penyata MyPoints bagi setiap balasan SMS.
  1. Kad tambahnilai yang dibeli melalui Sistem Pesanan SMS tidak boleh ditukarganti setelah diaktifkan atau ditebus semula.
  1. Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian berpunca dari cara penggunaan kad tambahnilai yang salah.
  1. Syarikat akan mengenakan caj minima bagi alat-alat bantu pemasaran yang disediakan untuk Ahli-ahli. Kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh Ahli-ahli.
  1. Syarikat berhak untuk menafikan, menggantung atau membatalkan perkhidmatannya kepada mana-mana Ahli pada bila-bila masa untuk sebarang sebab tanpa perlu memberi sebab atau memaklumkan Ahli terlebih dahulu.
  1. Sebarang maklumat peribadi yang disalurkan kepada Syarikat melalui Laman Web atau SMS akan dikategorikan sebagai sulit dan hanya akan dipaparkan kepada pihak Syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan dengannya. Sesetengah maklumat mungkin digunakan oleh pihak Syarikat bagi salah satu atau semua tujuan berikut:

(a)      Untuk meningkatkan elemen mesra pengguna pada Laman Web di mana Ahli tidak perlu memasukkan maklumat yang sama setiap kali melayari Laman Web.

(b)      Untuk membantu Ahli mencari produk dan perkhidmatan yang diperlukan dengan lebih cepat.

(c)      Untuk memaklumkan Ahli tentang perkhidmatan dan produk terbaru dan maklumat berkaitan.

(d)      Untuk menghantar bahan-bahan kepada Ahli bagi tujuan pemasaran.

(e)      Untuk membantu pengiklan-pengiklan menghantar iklan dan maklumat tentang produk kepada kumpulan sasaran yang betul.

  1. Syarikat tidak akan mendedahkan sebarang maklumat tentang mana-mana pengguna kecuali sebagai langkah mematuhi undang-undang atau arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau badan kerajaan, atau untuk melindungi keselamatan pengguna-pengguna atau masyarakat umum secara amnya.

Pembaharuan Keahlian

  1. Ahli-ahli akan dikenakan Yuran Tahunan sebanyak 5 MyPoints. Yuran ini akan ditolak secara terus dari Penyata MyPoints Ahli-ahli. Yuran Tahunan ini bagaimanapun akan dikecualikan jika Ahli membelanjakan sekurang-kurangnya 1000 MyPoints dalam tempoh 12 bulan.

Tanggungjawab Ahli

  1. Ahli bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala kerosakan atau kesilapan berpunca dari penyalahgunaan ‘Mobile Lounge’ atau Sistem Pesanan SMS. Ahli-ahli mesti memaklumkan Syarikat dengan serta-merta sekiranya timbul sebarang syak yang telah berlakunya kejadian pecah masuk ke dalam Mobile Lounge mereka. 
  1. Ahli-ahli dilarang meletak atau menghantar kandungan yang menyalahi undang-undang, berbahaya, berunsur ugutan, berputarbelit, boleh menyakiti pihak lain, berbau lucah dan mengganggu ketenteraman awam.
  1. Ahli dilarang dari cuba menghalang pengguna lain dari menggunakan Laman Web atau Sistem Pesanan SMS untuk membeli produk dan perkhidmatan Syarikat.
  1. Ahli dilarang menggunakan sebarang bahan yang telah dilindungi oleh Akta Hakcipta atau dipaten tanpa mendapatkan keizinan bertulis daripada penulis atau pemilik hakcipta atau paten. Pastikan pada setiap masa yang perisian, maklumat atau bahan yang digunakan terpelihara dari virus komputer atau sebarang komponen lain yang boleh membahaya atau merosakkan.
  1. Ahli dilarang berpura-pura menjadi wakil kepada mana-mana individu atau entiti, termasuk tetapi tidak terhad kepada pegawai Syarikat dan pengemudi forum, atau meniru tandatangan atau tandatangan digital individu lain, atau cuba mendapatkan data individu lain atau Syarikat tanpa kebenaran.
  1. Sekiranya Ahli didapati gagal bertanggungjawab bagi perkara-perkara disebut di atas atau melanggar mana-mana bahagian Syarat-syarat dan Peraturan ini, Syarikat mempunyai hak untuk menggantung perkhidmatannya kepada Ahli atau membatalkan keahliannya atau mengunci atau menyahaktifkan Penyata MyPoints pada bila-bila masa dan tidak mengembalikan baki di dalam Penyata MyPoints, dan menghalang Ahli dari menggunakan Sistem Pesanan SMS tanpa memberi notis terlebih dahulu.
  1. Ahli diwajibkan memberi maklumat yang lengkap, jelas dan jujur tentang konsep perniagaan Syarikat serta produk dan perkhidmatannya. Menjadi tanggungjawab Ahli untuk menjana maklumat yang tepat dan betul tentang produk dan perkhidmatan Syarikat.
  1. Ahli-ahli hendaklah menjaga imej dan reputasi Syarikat.
  1. Ahli dipertanggungjawabkan untuk memberi penjelasan yang boleh difahami dengan sempurna apabila menganjurkan demonstrasi produk.
  1. Ahli bertanggungjawab untuk memastikan yang dirinya cukup terlatih tentang konsep perniagaan yang telah dirancang oleh Syarikat.
  1. Ahli hendaklah berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan perniagaannya.
  1. Ahli dilarang sama sekali menjatuhkan reputasi Ahli lain dengan niat ingin menarik naungan Ahli tersebut.
  1. Ahli tidak dibenarkan memberi maklumat yang salah atau mengelirukan tentang konsep perniagaan Syarikat untuk keuntungan diri.

Pindaan Kepada Perjanjian  

  1. Syarikat mempunyai hak untuk meminda Syarat-syarat dan Peraturan ini pada bila-bila masa sekiranya difikirkan wajar. Sebarang pindaan pada Syarat-syarat dan Peraturan ini akan diletakkan di dalam Laman Web dan dianggap berkuatkuasa pada tarikh ianya dipaparkan. Penggunaan Laman Web secara berterusan oleh Ahli menandakan persetujuan Ahli terhadap pindaan kepada Syarat-syarat dan Peraturan ini. Ahli-ahli digalakkan melayari Laman Web dengan kerap untuk memerhatikan pindaan-pindaan yang dibuat kepada Syarat-syarat dan Peraturan.

‘Force Majeure’

  1. Kedua-dua pihak tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku kelewatan atau kegagalan yang berpunca dari tindakan atau akibat yang berada di luar kawalan mana-mana pihak, di mana pihak terbabit telah berusaha sekuat mungkin untuk membetulkan kelewatan atau kegagalan tersebut. 

Lain-lain

  1. Syarat-syarat dan Peraturan ini telah membentuk keseluruhan Perjanjian di antara Ahli dengan Syarikat. Syarat-syarat ini melangkaui semua bentuk komunikasi atau cadangan yang dikemukakan sebelum ini, sama ada dalam bentuk elektronik, perbualan atau penulisan di antara Ahli dengan Syarikat tentang penggunaan Laman Web serta produk dan perkhidmatan Syarikat. Ahli turut tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan tambahan apabila menggunakan sesetengah produk dan perkhidmatan.

 

 

 

 



Operating Hours: 9 a.m. – 6 p.m. (Monday to Friday),
9 a.m. – 1 p.m. (Saturday) Closed: Sunday and Public Holidays
C15-1, Dataran Palma Ampang, Jalan Selaman 1, 68000 Ampang, Selangor
Tel: 03-4270 2703 Fax: 03-4270 2723 SMS Assistance:016-282 8392 /016-282 8360

Copyright © 2005 - 2006 MyMode.com.my. All rights reserved.